Penting! Sila Baca.

 

Syarat-syarat Jaminan 6 Bulan Wang Dikembalikan

Untuk Pelanggan & Agen JimatBil.com

 

  1. Jaminan ini adalah bertujuan untuk melindungi hak anda sebagai pengguna dan juga hak Team JimatBil.com sebagai penjual.

  2. Syarat jaminan ini berkuatkuasa mulai hari Khamis, 9hb. Ogos 2007.

  3. Ini adalah Jaminan Wang Dikembalikan sebenar dimana wang anda akan dikembalikan jika tiada pengurangan bil elektrik selepas menggunakan Power Saver ini.

  4. Jaminan ini hanya sah dalam tempoh 6 bulan selepas dari tarikh belian.

  5. Bil elektrik anda hendaklah sekurang-kurangnya minima 3 bulan penggunaan Power Saver secara penuh pada setiap bulan. Ini bagi membolehkan perbandingan semasa dan sebelum menggunakan Power Saver dapat dilakukan secara adil.

  6. Penggunaan pada tempoh percubaan hendaklah konsisten sepertimana sebelum dan semasa menggunakan Power Saver. Pada tempoh ini anda dicadangkan tidak menambah peralatan elektrik lain atau menggunakannya dari kadar biasa bagi memudahkan perbandingan nanti.

  7. Perbandingan akan dilakukan di antara bil-bil elektrik bulan pertama, bulan kedua dan bulan ketiga selepas pemasangan Power Saver dengan bil-bil elektrik bulan sebelum menggunakan Power Saver.

  8. Oleh yang demikian anda boleh membuat tuntutan wang dikembalikan bermula pada bulan keempat hinggalah bulan keenam.

  9. Hantarkan terlebih dahulu 3 bulan salinan bil-bil elektrik selepas menggunakan Power Saver dan 2 bulan salinan bil-bil elektrik sebelum menggunakan Power Saver ke Team JimatBil.com samada secara faks atau e-mel(scan dahulu). Ini bagi membolehkan kami membuat semakan perbandingan sebenar bil-bil elektrik anda.

    Hubungi Team JimatBil.com terlebih dahulu sebelum menghantar faks untuk memastikan bil anda dapat diterima dengan sempurna.

    • Nombor talian telefon Team JimatBil.com adalah: 016 222 8246.

  10. Hantarkan juga Warranty Card yang diberikan bagi memastikan anda adalah pelanggan JimatBil.com

  11. Hantarkan juga alat Power Saver samada secara pos kepada Team JimatBil.com. Untuk kemudahan penghantaran pos, anda boleh menggunakan penghantaran Pos Laju dimana ia adalah cepat dan selamat sampai ke JimatBil.com.

  12. Alat Power Saver hendaklah diterima dalam keadaan masih baik dan boleh digunakan. Power Saver yang telah rosak tiada jaminan wang dikembalikan.

  13. Alamat surat menyurat Team JimatBil.com adalah:

    Peti Surat 47,

    71800 Nilai,

    Negeri Sembilan.

     

    Tel   : (60) 016-2228246

  14. Wang dikembalikan akan diberikan secara bank-in ke akaun bank anda.

  15. Caj perkhidmatan sebanyak RM30 akan ditolak daripada harga setiap unit yang dipulangkan. Contohnya jika anda membeli seunit Power Saver berharga RM199, maka jumlah wang yang akan dikembalikan kepada anda ialah RM199 ditolak RM30 (caj perkhidmatan) = RM169.

  16. Jika 2 unit dipulangkan bermakna caj perkhidmatan adalah RM60 dan begitulah seterusnya.

  17. Saya setuju dan faham dengan syarat ini.

 

 

 

 Hakcipta Terpelihara ©. www.JimatBil.com